Ceritera | Melaka
19-10-2020

TAJUK : Perkhidmatan Sewaan Buku

NAMA : Hew Lee Min

STATUS OPERASI:Beroperasi
KATEGORI:Perniagaan

KETERANGAN

Perkhidmatan menyewa buku agak popular suatu ketika dahulu dan kini perniagaan sedemikian semakin berkurang kerana lahirnya gedung-gedung buku popular di kawasan bandar. Minat encik Hew Lee Min untuk menjalankan perniagaan ini timbul daripada hobi mengumpulkan komik dan kini beliau telah mengumpulkan lebih 60,000 koleksi yang terdiri daripada pelbagai jenis komik, majalah dan buku-buku akademik. Kadar sewaan yang dikenakan adalah daripada serendah 80 sen senaskhah untuk tempoh dua minggu pinjaman.

EXPLANATION

Book rental services used to be quite popular sometimes back, however this trade has been dwindling due to the advent of book stores in the town area. His interest in setting up his hobby of collecting comics books. To date he has over 60,000 titles in his collection comprising comics, magazines and academic books. His rental rate is as low as 80 cent per book for a two-2-week rental period.



GAMBAR:
image


PANDANGAN JALAN
NAVIGASI

Tags:



MENGENAI KAMI :


Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan warisan.


PENGENALAN :

• Ceritera Melaka merupakan projek sokongan bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
• Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan merupakan satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan tradisional.
• Kajian yang sedang berlangsung selama Dua (2) Tahun ini adalah usaha sama antara pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya Tahan) dan UITM Shah Alam

OBJEKTIF :

Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan Negeri Melaka dengan:
• Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kebudayaan.
• Menyediakan platform yang menarik, interaktif, bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
• Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan masyarakat.
• Melibatkan orang awam dalam usaha memulihara warisan Melaka

Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH

Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my

PENAFIAN :

Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis

Send us mail

Or follow us on social platform

Copyright © 2024 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA BERSEJARAH LESTARI DAN PINTAR