STATUS OPERASI:Beroperasi
KATEGORI:Bangunan dan Kisah Masyarakat
KETERANGAN
Kampung Morten merupakan perkampungan lama yang mempamerkan gaya hidup keluarga kaya di awal abad ke-20 dan mempamerkan susunan rumah tradisional Melayu. Walaupun Bandar Melaka telah berkembang pesat dalam dekad ini, kampung ini dipelihara dengan cermat dengan gaya tradisionalnya.
Kampung ini juga turut dikenali sebagai “perkampungan hidup” kerana kebudayaan dan cara hidup Melayu masih diamalkan dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Perkampungan ini telah diwartakan dibawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu.
EXPLANATION
In early 20th century, Kampung Morten is an old village that settled by rich families and Malay traditional design is reflected through house design. Now, Melaka facing with rapid urbanization and it does not disrupt the local authority in conserving the traditional village and it is well preserved.
Kampung Morten also known as a living village due to the culture and Malay way of life are still practiced and sustained until now. This village has been gazette under the Preservation and Conservation of Cultural Heritage Enactment 1988 as Malay traditional village.
VIDEO:
GAMBAR:
PANDANGAN JALAN
NAVIGASI
Tags:
MENGENAI KAMI :
Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam
memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini
juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan
warisan.
PENGENALAN :
Ceritera Melaka merupakan projek sokongan
bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan
Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan
merupakan satu usaha yang akan
mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian
kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan
makanan tradisional.
Kajian yang sedang berlangsung selama Dua
(2) Tahun ini adalah usaha sama antara
pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya
Tahan) dan UITM Shah Alam
OBJEKTIF :
Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan
Negeri Melaka dengan:
Mendokumentasikan kekayaan dan
kepelbagaian warisan kebudayaan.
Menyediakan platform yang menarik, interaktif,
bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan
terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan
masyarakat.
Melibatkan orang awam dalam usaha
memulihara warisan Melaka
Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH
Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia
06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my
PENAFIAN :
Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis