Ceritera | Melaka
19-10-2020

TAJUK : Pertukangan Emas dan Perak

NAMA : Yoong Soon Chong

STATUS OPERASI:Beroperasi
KATEGORI:Kemahiran dan Perniagaan

KETERANGAN

Encik Yoong Soon Chong telah mengusahakan kedai pertukangan emas dan perak daripada datuknya. Perniagaan ini telah diwarisi oleh 3 generasi keluarganya. Terdapat pelbagai jenis bahan perhiasan yang dihasilkan dari emas dan perak di kedainya termasuklah loket, rantai, pending, keronsang, tali pinggang, gelang serta cincin. Beliau juga masih mengekalkan teknik pembuatan secara tradisional serta masih mempertahankan pelbagai jenis peralatan lama yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan di premis perniagaannya. Apa yang membanggakan anaknya turut mempunyai keinginan meneruskan perniagaan dan kemahiran yang dimilikinya.

EXPLANATION

Mr Yoong Soon Chong has been crafting silver and gold in this shop which was inherited from his grandfather-the shop has been in operation for three generations. He produces various jewelleries from gold and silver, namely lockets, chains, hair ornaments, brooches, belt buckles, bracelets and rings. Mr Yoong practices traditional production techniques in the fabrication of his products and still maintains various old machinery in his workshop. He is proud to state that his son has shown interest to learn the skills of gold and silver crafting and will continue the family business.



GAMBAR:
image


PANDANGAN JALAN
NAVIGASI

Tags:



MENGENAI KAMI :


Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan warisan.


PENGENALAN :

• Ceritera Melaka merupakan projek sokongan bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
• Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan merupakan satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan tradisional.
• Kajian yang sedang berlangsung selama Dua (2) Tahun ini adalah usaha sama antara pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya Tahan) dan UITM Shah Alam

OBJEKTIF :

Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan Negeri Melaka dengan:
• Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kebudayaan.
• Menyediakan platform yang menarik, interaktif, bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
• Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan masyarakat.
• Melibatkan orang awam dalam usaha memulihara warisan Melaka

Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH

Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my

PENAFIAN :

Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis

Send us mail

Or follow us on social platform

Copyright © 2024 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA BERSEJARAH LESTARI DAN PINTAR