Ceritera | Melaka
19-10-2020

TAJUK : Pertukangan Besi

NAMA : Chin Sim

STATUS OPERASI:Beroperasi Secara Berkala
KATEGORI:Kemahiran dan Perniagaan

KETERANGAN

Encik Chin Sim mewarisi kepakaran sebagai tukang besi daripada abangnya Encik Chin Phan Sam. Beliau menyambung perusahan ini selepas abangnya meninggal dunia, kerana beliau berpendapat bahawa warisan ini harus dipertahankan kerana perusahan ini adalah perusahan tradisi keluarga beliau. Beliau sedia menerima tempahan membuat alat-alat itu mengikut kehendak dan citarasa pembeli. Menyentuh tentang masa depannya sebagai tukang besi, beliau berkata kemahirannya tidak dapat diturunkan kepada anak-anaknya kerana tiada di antara mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya kerana ia tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

EXPLANATION

Mr Chin Sim inherited the skills as a blacksmith from his late brother, Mr Chin Phan Sam. He continues the business in order to keep the family’s legacy alive. Unfortunately, due to the meager returns of a blacksmith, none of his children will be following his footsteps and his skills could not be handed over to them. Mr Chin Sim accepts orders to produce custom-made metal products according to the specifications of customers.



GAMBAR:
image


PANDANGAN JALAN
NAVIGASI

Tags:



MENGENAI KAMI :


Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan warisan.


PENGENALAN :

• Ceritera Melaka merupakan projek sokongan bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
• Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan merupakan satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan tradisional.
• Kajian yang sedang berlangsung selama Dua (2) Tahun ini adalah usaha sama antara pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya Tahan) dan UITM Shah Alam

OBJEKTIF :

Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan Negeri Melaka dengan:
• Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kebudayaan.
• Menyediakan platform yang menarik, interaktif, bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
• Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan masyarakat.
• Melibatkan orang awam dalam usaha memulihara warisan Melaka

Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH

Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my

PENAFIAN :

Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis

Send us mail

Or follow us on social platform

Copyright © 2024 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA BERSEJARAH LESTARI DAN PINTAR