Ceritera | Melaka
19-10-2020

TAJUK : Pertukangan Keluli

NAMA : Yong Der Chyang

STATUS OPERASI:Tidak Beroperasi
KATEGORI:Kemahiran dan Perniagaan

KETERANGAN

Kemahiran menghasilkan barangan keluli telah diwarisi oleh Encik Yong Der Chyang yang merupakan generasi ketiga keluarganya. Perniagaan ini berusia lebih 90 tahun dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Selain mengekalkan cara penghasilan secara tradisional, beliau turut menggunakan beberapa buah mesin manual termasuklah bender dan roller keluaran era 1980-an untuk hasil kerja yang lebih berkualiti. Beliau yang mempunyai seorang pekerja mempelawa untuk memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat dengan kemahiran ini memandangkan beliau tidak mempunyai waris yang mahu menyambung perniagaan ini. Barang-barang keluli yang dihasilkan beliau adalah seperti loyang, baldi, acuan kuih, dapur putu piring, teko dan lain-lain lagi.

EXPLANATION

Mr Yong Der Chyang inherited his craft from his forefathers and is the third generation of the family to continue running this family-owned business. His business has been in operation for more than 90 years ever since the era of British colonization. Besides retaining the traditional fabrication methods, Mr Yong also uses the bender and roller machines, from the 1980s, to enhance the quality of his product. He manages the shop with the help of one worker and extends his invitation to anyone who might be interested to learn the skills as he doesn’t have any heirs to pass on the knowledge of his craft to. He produces steel trays, water buckets, cake molds, kettles, etc.



GAMBAR:
image


PANDANGAN JALAN
NAVIGASI

Tags:



MENGENAI KAMI :


Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan warisan.


PENGENALAN :

• Ceritera Melaka merupakan projek sokongan bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
• Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan merupakan satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan tradisional.
• Kajian yang sedang berlangsung selama Dua (2) Tahun ini adalah usaha sama antara pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya Tahan) dan UITM Shah Alam

OBJEKTIF :

Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan Negeri Melaka dengan:
• Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kebudayaan.
• Menyediakan platform yang menarik, interaktif, bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
• Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan masyarakat.
• Melibatkan orang awam dalam usaha memulihara warisan Melaka

Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH

Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my

PENAFIAN :

Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis

Send us mail

Or follow us on social platform

Copyright © 2024 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA BERSEJARAH LESTARI DAN PINTAR