Ceritera | Melaka
26-10-2020

TAJUK : Kasut Kecil Cina dan Kasut Manik

NAMA : Raymond Yeo

STATUS OPERASI:Beroperasi
KATEGORI:Kemahiran, Hasil Seni dan Perniagaan

KETERANGAN

Amalan pemakaian kasut kecil Cina atau Bounded Feet Shoes dipercayai telah bermula sejak Zaman Dinasti Chin dan Ming di China. Dengan ciri-ciri unik dan sejarah kasut tersebut, keluarga Encik Raymond Yeo telah mengusahakan seni kraftangan ini di Jalan Tokong sejak 100 tahun yang lalu dan kini beliau dan abangnya merupakan pewaris yang masih mempertahankan perniagaan tersebut. Bounded Feet Shoes yang diperbuat daripada kain sutera sering dijadikan sebagai perhiasan dan cenderamata. Selain daripada itu, beliau turut mempunyai kemahiran menghasilkan kasut manik.

EXPLANATION

The practice of foot binding is believed to have originated during the eras of the Chin and Ming Dynasties in China. Bounded Feet Shoes has special features and a unique historical background that got the Yeo family to venture into the business at Temple Street past 100 years. And at present, Mr Raymond Yeo together with his brother is continuing this family legacy. Foot binding shoes are made from silk and are usually used as decoration or given as a gift. They are also able to design and produce beaded shoes.


VIDEO:


GAMBAR:
image


PANDANGAN JALAN
NAVIGASI

Tags:



MENGENAI KAMI :


Ceritera Melaka merupakan satu projek perintis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sebagai satu usaha dalam memperkasa dan melindungi warisan kebudayaan. Penceritaan berkaitan Bangunan, Peralatan, Hasil Seni, Monument, Pengangkutan, Bahasa Tradisi, Seni Tarian ,Kisah Masyarakat, Perniagaan, Pakaian,Kemahiran dan lain-lain lagi akan dipaparkan secara interaktif, mesra pengguna dan mudah diakses di mana jua. Melalui usaha ini juga, maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengekalan warisan.


PENGENALAN :

• Ceritera Melaka merupakan projek sokongan bagi Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping).
• Projek Pemetaan Warisan dan Kebudayaan merupakan satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan tradisional.
• Kajian yang sedang berlangsung selama Dua (2) Tahun ini adalah usaha sama antara pihak MBMB (Unit Konservasi, Unit Daya Tahan) dan UITM Shah Alam

OBJEKTIF :

Memelihara dan memulihara warisan kebudayaan Negeri Melaka dengan:
• Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kebudayaan.
• Menyediakan platform yang menarik, interaktif, bermaklumat dan mudah diakses untuk semua
• Meningkatkaan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan kebudayaan dalam kalangan masyarakat.
• Melibatkan orang awam dalam usaha memulihara warisan Melaka

Jabatan Perancangan Bandar
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH

Graha Makmur,
No.1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

06-285 9700
ceriteramelaka[at]mbmb[dot]gov[dot]my

PENAFIAN :

Video ini telah dihasilkan bertujuan untuk memberi gambaran semula sejarah yang telah dilakar di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan masyarakat setempat dan tidak menggambarkan pandangan dan pendapat pihak majlis. Video ini merupakan hakmilik pihak Majlis sepenuhnya dan sebarang suntingan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis

Send us mail

Or follow us on social platform

Copyright © 2024 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA BERSEJARAH LESTARI DAN PINTAR